About Me

My photo
Nama: Khalimaton Saadiah bt. Abdul Manan No. Matrik: D20102044621

Monday, 21 November 2011

Proses Fotosintesis


Berikut adalah video berkenaan dengan proses fotosintesis

Dunia Sains & Teknologi

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Sains dan Teknologi


Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 Mawar
Tema/ Topik     : Sains Hayat – Haiwan
Masa                : 60 minit
Standard Pembelajaran : 2.1.5 dan 2.1.7
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran murid dapat
a)      Murid dapat mengenalpasti tempat perlindungan sekurang-kurangnya 3 daripada 6 tempat perlindungan haiwan.
b)      Murid dapat bercerita tentang haiwan kesayangannya.
Aktiviti Pembelajaran
a)      Murid dibawa keluar dari kelas ke kawasan yang mempunyai pasu bunga di sekolah.
b)      Murid ditunjukkan gambar beberapa haiwan lain dan tempat perlindungannya.
c)      Murid memadankan haiwan-haiwan tersebut dengan tempat perlindungannya.
d)     Murid bercerita tentang haiwan peliharaannya dan cara menjaganya.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
a)      Nilai murni
b)      Pendidikan Alam Sekitar
Bahan Bantu Belajar (BBB)
a)      Gambar haiwan dan tempat perlindungan
b)      Bahan maujud - ikan di dalam akuarium
c)      Lembaran kerja
Penilaian pengajaran dan pembelajaran
a)      Menggunakan lembaran kerja
Refleksi
20 orang mencapai objektif pembelajaran 1 dan 10 lagi diberi bimbingan.



Topik

SELESANYA RUMAHKU
Ringkasan
Melalui topik ini murid akan mempelajari mengenai keperluan asas haiwan iaitu tempat perlindungan.
Standard Kandungan
Sains hayat
2.1 Memahami keperluan asas untuk hidup
Standard pembelajaran
2.1.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan seperti sarang, reban,    
         lubang, atas pokok , kandang, gua, di dalam air, dalam tanah,
         di celah batu atau kayu
2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan
         atau lisan.
Tempoh
60 minit
Sumber
1.      Gambar haiwan dan tempat perlindungannya.
2.      Dokumen persembahan tayangan video haiwan dan tempat perlindungannnya. http://eduwebtv.com/v2/video/?cat=21#vidlist
3.      Lembaran kerja 1- Pengukuhan
4.      Lembaran kerja 2- pemulihan
5.      Lembaran kerja 3- Pengayaan
Aktiviti
Aktiviti 1
1.Murid dibawa keluar dari kelas ke kawasan yang mempunyai pasu bunga di kawasan sekolah.
Kawasan pasu bunga
i.        Murid diminta untuk memerhatikan celah-celah pasu bunga.
ii.      Murid mengenalpasti haiwan yang terdapat di celah-celah atau di bawah pasu bunga.
iii.    Murid diingatkan supaya tidak menyentuh haiwan yang dilihat.
2. Murid diminta kembali ke kelas selepas aktiviti pemerhatian selesai.



Aktiviti 2
1.      Murid diminta menyebut nama-nama haiwan yang dapat dilihat di celah-celah batu.
2.      Murid ditunjukkan ikan yang dibawa guru dan memerhatikannya.
3.      Murid menyatakan tempat tinggal ikan.
4.      Murid menyatakan haiwan-haiwan lain selain ikan yang tinggal di dalam air.


Aktiviti 3
1.      Murid ditunjukkan tayangan video berkaitan tempat perlindungan haiwan.
2.      Murid ditunjukkan beberapa gambar haiwan dan meneka tempat perlindungan haiwan-haiwan tersebut.
3.      Murid diberi bimbingan untuk membuat kesimpulan bahawa haiwan perlu tempat perlindungan yang menjadi satu daripada keperluan asasnya.

Pengukuhan
1.      Murid menjawab lembaran kerja 1 – Pengukuhan

Aktiviti Pemulihan
1.      Murid menjawab lembaran kerja 2 - Pemulihan
Aktiviti Pengayaan
1.      Murid menjawab lembaran kerja 3 - Pengayaan

Untuk mendapatkan Lampiran Latihan Pengukuhan, Pemulihan dan Pengayaan, sila klik di sini 

PENGENALAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Permulaan perjalanan pembelajaran dan pangajaran (P&P) dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah saya ditambah baik dengan menggunakan blog sebagai platform baru. Saya ingin mengambil kesempatan dengan kepesatan pembangunan dalam teknologi maklumat sebagai salah satu medium penyampaian P&P  saya dengan lebih berkesan terhadap para pelajar saya di SK Convent 1, Klang, Selangor. Saya sangat berharap melalui platform blog ini, maklumat yang ingin saya sampaikan mampu disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan. Sekian, terima kasih.

Klik di sini untuk senarai nama murid 4 Mawar, SK Convent 1, Klang (2011)